Entschuldigung!

Dalam kelas, kami dikehendaki bertutur dalam bahasa Jerman jika ingin bertanya atau mengulangi sesuatu perkara. Guru kelas telah mengajar kami beberapa ayat yang biasa digunakan dalam perbualan dalam kelas. Saya rasa ayat-ayat ini juga sesuai digunakan untuk perbualan seharian.

  • Entschuldigung, ich verstehe nicht. Köhnen Sie das bitte wiederholen?

    Maaf, saya tidak faham. Boleh anda mengulanginya semula?

  • Entschuldigung, ich möchte zur Toilette gehen?

   Maaf, saya ingin ke tandas.

  • Entschuldigung, ich komme zu spät.

   Maaf, saya datang terlalu lambat.

  • Wie heisst das auf Deutsch / Englisch?

   Apakah maksudnya dalam bahasa Jerman / Inggeris?

  • Ich verstehe nicht, was bedeutet das?

   Saya tidak faham, apakah ertinya?

  • Ist alles klar?

   Adakah segalanya jelas?

  • Ja, alles ist klar.

   Ya, semuanya jelas.

  • Nein, Ich verstehe nicht.

   Tidak, saya tidak faham.

  • Buchstabieren Sie bitte das wort?

   Bolehkah anda ejakannya?

  • Haben Sie Frage?

   Anda anda soalan?

  • Ja! Ich haben eine Frage.

   Ya! Saya ada satu soalan.

  • Nein! Ich haben keine Frage.

   Tidak! Saya tidak ada soalan.

  • Tut mir leid.

   Saya minta maaf.

 Entschuldigung dan tut mir leid membawa maksud yang sama, iaitu, maaf. Namun, Enstchuldigung sesuai digunakan apabila anda ingin meminta sesuatu. Contohnya, ingin meminta laluan ketika dalam kesesakan LRT, ingin meminta seseorang untuk mengulangi sesuatu ayat, dan ingin memanggil seseorang yang berada agak jauh daripada anda.  Untuk tut mir leid pula, ianya boleh digunakan apabila anda tidak dapat memenuhi permintaan seseorang seperti “Maaf, Encik Ismail tiada di pejabatnya”.

Sebutan Entschuldigung adalah en-shuul-di-gung dan sebutan untuk tut mir leid adalah tut-miirr-lai-d. Bagaimana pula dengan sebutan perkataan-perkataan lain? Jangan khuatir! Anda boleh layari kamus online ini untuk mendengar sebutan yang lebih tepat (maklumlah, saya budak baru belajar!): http://www.dict.cc

Selamat bertutur!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: