Di mana mahu tinggal?

Di sini saya kongsikan pengalaman saya mencari rumah sewa di Jerman. Mencari rumah sewa di Jerman sebenarnya tidaklah sukar jika anda mempunyai bajet yang besar. Bagi saya, mencari rumah sewa adalah sukar kerana saya menerima tawaran belajar tanpa biasiswa dan saya masih mempunyai perbelanjaan bulanan yang perlu diteruskan di Malaysia. Oleh itu, saya cuma mampu untuk menyewa tempat tinggal yang sewa bulanannya murah dan berhampiran dengan universiti saya.

Harga sewa rumah di Hamburg sangat mahal jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia. Harga paling murah mencecah RM1,300.00 sebulan dan itu hanyalah untuk bilik kecil bersaiz 12 meter persegi. Kebanyakkan harga bilik sewa adalah sekitar RM1,800.00 sehingga RM3,000.00 sebulan berdasarkan saiz bilik dan lokasi tempat tinggal berkenaan. Jika bilik sewa sudah semahal ini, apatah lagi rumah secara keseluruhannya. Memang terasa perit kerana saya membayar apartmen 3-bilik milik sendiri sebanyak RM1,500.00 sebulan di Malaysia. Jika dibandingkan dengan apa yang saya miliki di Malaysia, sudah tentu kadar sewa bilik di Hamburg sangat mahal! Namun, saya redha kerana saya tiada pilihan.

Saya mencari bilik sewa di laman web berikut: http://www.wg-gesucht.de dan bandar yang saya pilih adalah Hamburg. WG-Zimmer bermaksud bilik sewa bersama dalam sebuah flat/apartmen. Ia juga dikenali sebagai flatshare. Antara maklumat yang anda boleh dapati di sini (dan penting dalam proses pencarian anda) adalah penghuni sedia ada dalam flat tersebut (digambarkan sebagai ikon biru untuk lelaki dan ikon merah jambu untuk perempuan), lokasi flat tersebut, saiz dan harga bilik yang bakal disewakan, tempoh sewaan, dan mungkin terdapat gambar jika dimuat naik oleh orang yang menyewakannya. Jika anda click pada maklumat pilihan anda, anda akan peroleh lebih banyak maklumat termasuk pecahan kos sewa, ciri-ciri penyewa yang dicari, kemudahan yang disediakan dalam flat tersebut, umur penyewa sedia ada, maklumat lanjut dalam bentuk diskriptif, dan cara untuk menghubungi orang tersebut.

wg-gesucht

Kekangan utama dalam pencarian adalah ciri-ciri bakal penyewa. Kebanyakkan mereka yang mengiklankan bilik akan meletakkan had umur penyewa, pekerjaan bakal penyewa (pelajar atau orang bekerja) dan jantina bakal penyewa. Untuk saya yang hampir menjangkau usia 40-an, ianya sangat sukar! Untuk pelajar, had umur yang diletakkan adalah tidak melebihi 32 tahun. Ada juga dihadkan kepada mereka yang berumur 20-an. Adakalanya tiada had umur tetapi mungkin gerak hati mengatakan tiada keserasian dengan penyewa sedia ada. Satu lagi kekangan adalah maklum balas daripada penyewa sedia ada adakalanya agak lambat. Ada juga yang tidak memberi respons langsung. Jadi, anda harus terus mencari dengan sabar.

Setakat ini sahaja. Saya akan coretkan lagi maklumat lebih lanjut dalam entry lain. Selamat mencari tempat tinggal anda!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: