Tag Archives: kata nama

Konjugasi

Apa itu konjugasi atau conjugation? Ianya membawa maksud menyesuaikan kata kerja daripada bentuk asasnya. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, I am, You are, dan She/He is. Dalam bahasa Jerman, peraturannya adalah seperti berikut:

conjugation

Berdasarkan rule of thumb di atas, konjugasi boleh dibuat terhadap kata kerja berikut: kommen (i.e., to come), wohnen (i.e. to live), heißen (i.e., to be called), arbeiten (i.e., to work), sprechen (i.e., to speak), haben (i.e., to have) dan sein (i.e., to be). Dapat teka bagaimana konjugasi untuk perkataan-perkataan ini? Ianya adalah seperti berikut:

conjugation 2

Sila ambil perhatian untuk perkataan-perkataan yang diwarnakan hijau. Perkataan ini menunjukkan berlakunya perubahaan ejaan pada kata kerja tersebut. Misalnya sprechen telah ditukar ejaannya kepada spricht apabila digunakan dengan du, er, sie, dan es. Untuk ejaan heißt bagi du, ianya tidak dieja sebagai heißst kerana ß membawa maksud “ss”. Maka, adalah tidak betul jika dieja sebagai heißst = heissst.

Bagaimana pula dengan trinken (i.e., to drink) dan studieren (i.e., to study)? Boleh anda agak? Selamat mencuba!

Advertisements