Tag Archives: memperkenalkan diri

Memperkenalkan Diri

Agak-agaknya macam mana nak perkenalkan diri kepada seseorang yang baru ditemui dalam bahasa Jerman? Pengalaman saya: null! Semasa pertama kali menjejakkan kaki di Deutschland pada tahun 2011, saya dan meine Schwester hanya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana kami langsung tidak tahu bahasa Jerman. Masyarakat di sana, seperti di Jepun, lebih gemar bertutur dalam bahasa mereka meski pun mereka sangat mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, berikut adalah beberapa ayat yang anda boleh belajar, fahami dan mungkin perlu hafal ketika anda ingin memperkenalkan diri anda:

Name: Ich bin … / Name: I am…

Herkunft: Ich komme aus … / Origin: I come from …

Wohnort: Ich wohne in … / Residence: I am staying in ….

Alter: Ich bin … Jahre alt / Age: I am … years old.

Hobbys: Meine Hobbys sind … / Hobbies: My hobbies are …

Soalan yang mungkin muncul di kotak fikiran anda adalah, bagaimana sebutan perkataan-perkataan di atas?

  1. Name — disebut seperti nama dalam slang KL, iaitu, name.
  2. Ich bin ikh (tanpa bunyi Q atau qa) bin ATAU disebut sebagai ish bin
  3. Herkunft hair (disebut seperti maksud rambut dalam bahasa Inggeris dengan penekanan kepada r) — kun (seperti warna kuning) — f — t (t dibunyikan jelas) ~ hair-kun-ft-t
  4. komme koma
  5. Wohnortvonn–ort
  6. wohne — voh-ne
  7. Jahre alt — Yaa-ghe-alt
  8. meine — mai-ne (ne disebut seperti slang KL untuk mana, iaitu mane)
  9. sindzind (seperti sebutan Hindi untuk zindage)

Saya rasa ayat-ayat di atas mungkin dapat membantu. Dalam entry saya yang lain, saya akan tambah lagi ayat-ayat yang boleh digunakan dalam perbualan. Selamat bertutur!

 

Advertisements