Tag Archives: W-Frage

Membina Soalan

Membina ayat dalam bahasa Jerman sebenarnya bukan satu perkara yang sukar dengan syarat anda tahu the rules of thumb. Dua cara untuk membina ayat yang telah saya belajar adalah membina ayat W-Frage (soalan bermula dengan W) dan Ja/Nein-Frage (soalan berbentuk ya atau tidak).

W-Frage

Soalan-soalan W-Frage bermula dengan W. Seperti bahasa Inggeris, soalan boleh dibina dengan menggunakan Why, When, What, Who, Where and How. Dalam bahasa Jerman, semuanya bermula dengan W dan disebabkan itu ianya dikenali sebagai WFrage.

w-frage

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum membina ayat, anda perlu tahu untuk konjugasikan kata kerja; misalnya kommen (to come) bila dikonjugasi akan menjadi komme untuk ich (saya), kommen untuk wir/sie/Sie (kami/mereka/kamu untuk situasi formal), kommst untuk du (kamu untuk situasi tidak formal), dan kommt untuk er/sie/es/ihr (dia: lelaki/dia: perempuan/ dia: bukan orang/ anda semua). Apakah perbezaan situasi formal dan situasi tidak formal? Situasi formal adalah situasi di mana anda bertemu dengan orang yang anda tidak kenali, atau apabila anda berinteraksi dengan majikan anda, dan sebagainya. Situasi tidak formal adalah situasi di mana anda berinteraksi dengan keluarga anda atau teman rapat anda.

Berdasarkan maklumat di atas, soalan yang boleh dibina menggunakan kata kerja kommen adalah:

Woher kommst du? Woher kommen Sie? Woher kommt er? Woher kommt ihr?

Maksud soalan-soalan di atas adalah Where are you from? Jika diterjemahkan secara langsung, soalan di atas bermaksud Where from come you? Tips membina ayat menggunakan bentuk W-Frage adalah menggunakan 3 langkah-langkah berikut: (1) fikirkan kata kerja, iaitu verb, (2) fikirkan subjek, dan (3) sesuaikan dengan soalan W. Oleh itu, soalan How old are you? akan ditulis sebagai Wie alt bist du? Jika dirungkaikan mengikut rule of thumb di atas, ianya adalah seperti berikut: Wie alt + bist + du? Mudah, kan?

Ja/Nein-Frage

Untuk membina ayat yang jawapannya dimulakan dengan “Ya” atau “Tidak”, saya perhatikan formula berikut boleh digunakan:

Verb + subject + object

Misalnya, soalan yang hendak diajukan adalah Does he need help? Dalam bahasa Jerman, hanya 3 perkataan sahaja diambil kira, iaitu he, need, dan help. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman, help adalah Hilfe (objek), he adalah er (subjek), dan need adalah brauchen (kata kerja).  Dengan itu, soalan yang dibina berdasarkan formula di atas adalah Braucht er Hilfe? Jawapan bagi soalan ini adalah: (1) Ja, er braucht Hilfe [Yes, he needs help] atau (2) Nein, er braucht nicht Hilfe [No, he does not need help]. Bagaimana pula dengan kata kerja berikut? Boleh anda bina soalan-soalan menggunakan kata kerja ini yang merujuk kepada kamu (tidak formal)?

sprechen (to speak), trinken (to drink), essen (to eat), spielen (to play)

Ingat! Kata kerja perlu dikonjugasi mengikut subjek. Jangan terus menggunapakai kata kerja di atas secara langsung!

Selamat mencuba!

Advertisements