Budaya Kerja

Lebih setahun sejak saya kembali ke tanah air. Namun, pengalaman yang saya timba semasa berada di Hamburg, Jerman sangat bermakna dan penuh dengan pengajaran. Antara perkara yang paling saya ingat adalah budaya kerja di sebuah institusi tempat saya belajar dan bekerja. Mungkin perkongsian kali ini akan dapat membuka mata dan minda para pembaca.

Pada suatu hari jam 5 pagi, saya dikejutkan oleh bunyi tapak kaki di luar tingkap bilik kediaman saya. Sangkaan saya pada mulanya adalah pelajar-pelajar universiti yang baru pulang daripada berparti. Ianya ternyata meleset! Bunyi tapak kaki tersebut adalah milik pekerja sokongan yang datang bekerja pada awal pagi. Saya difahamkan oleh rakan sekerja di sana bahawa mereka boleh memilih untuk memulakan kerja pada awal pagi dan pulang pada jam 2 petang! Wah! Menariknya! Ada di antara kita, termasuk saya sendiri, suka bekerja di waktu pagi dan mengalami masalah hilang daya tumpuan apabila masuk waktu tengahari. Kalaulah sistem ini diamalkan di Malaysia, rasanya mungkin tiada masalah produktiviti kerja. Apa guna bekerja mulai jam 9 pagi sehingga 5 petang jika di waktu tengahri pekerja hilang daya tumpuan?

gebaude-d

Bangunan yang menempatkan pejabat saya

Berdasarkan pengamatan saya, rakan-rakan sekerja di institut sangat efisien dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkan apa yang diminta akan diserahkan pada masa itu juga walau pun mereka sedang melakukan satu tugasan lain. Misalnya, saya pernah meminta beberapa fail soft-copy daripada rakan sekerja yang sedang menyiapkan satu kertas laporan. Beliau terus berhenti meneruskan kerjanya dan berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan salinan fail yang saya inginkan. Sikap ini bukan sahaja ditunjukkan oleh beliau, malahan kesemua rakan sekerja saya yang bekerja di institut tersebut! Sangat menakjubkan! Mereka juga tidak suka membuang masa. Mereka tidak rancak berborak kosong seperti kebanyakkan kita di tanah air. Waktu bekerja adalah waktu untuk bekerja. Mereka mencurahkan tenaga sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Power boosts mereka adalah air kosong/suam dan kopi/teh panas tanpa gula. Itu sahaja. Kadangkala, saya sendiri tidak sedar bahawa rakan sekerja saya ada di pejabat yang sama kerana masing-masing kusyuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tiba waktu makan tengahari, kami akan sama-sama keluar makan di kafeteria berdekatan. Tanpa mengira pangkat dan usia, semua dapat menikmati hidangan dan bercerita tentang perkara-perkara bukan berkaitan kerja. Adakalanya kami singgah sebentar untuk menikmati kopi panas (latte macchiato, cappuccino, espresso dan sebagainya) selepas makan tengahari. Lebih menakjubkan kesemua minuman tersebut yang pada saya agak mahal (€3 = RM14 secawan) dibayar oleh ketua institut, a.k.a. boss tanpa berkira. Hampir setiap hari bekerja, rutin sedemikian berlangsung. Patutlah semua rakan sekerja saya sangat rapat dengan ketua kami dan amat menghormati beliau.

Setiap kali tiba di pejabat pada awal pagi dan pulang daripada pejabat, kami akan menyapa setiap orang di institut berkenaan. Walau pun pintu tertutup rapat, setiap orang akan mengetuk pintu untuk mengucapkan selamat pagi (Guten Morgen! Moin Moin! Hallo, wie geht’s?). Bukankah ianya indah memulakan pagi dengan ceria? Semasa petang pula, masing-masing akan mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat pulang ke rumah (Bis spaß! Schönen Feierabend! Tschuss!). Bukankah bagus untuk mengetahui siapa yang masih ada di tempat kerja dan siapa yang telah pulang?

Banyak lagi budaya kerja yang menarik di sana. Paling terkesan di hati apabila ketua saya berkata Do your best but success is not a guarantee! Mungkin kebanyakkan orang di sana memegang prinsip ini dan disebabkan itulah negara Jerman berjaya menghasilkan teknologi maju yang canggih dan berkualiti. Jika diberi peluang untuk kembali ke sana, saya pasti akan ke sana lagi.. 🙂

 

Bilik Sewa

Selepas berkali-kali mencuba untuk dapatkan bilik sewa dan rumah sewa, akhirnya jumpa juga. Walau pun ia hanyalah bilik sewa, saya rasa ianya memadai kerana saya bersendirian di sana. Sewa bulanan bilik berkeluasan 12 meter persegi tersebut adalah 300€. Ianya adalah bilik yang paling murah yang saya dapat dan ianya berhampiran dengan universiti saya. Hanya 5 minit berjalan kaki. Mulanya saya agak risau juga; risau ditipu. Namun, Alhamdulillah, penyewa utama (orang ini juga menyewa di flat berkenaan) telah menunjukkan keadaan rumah dan bilik sewa tersebut melalui Skype. Kami akan berkongsi dapur dan bilik air. Kesemua barang yang ada boleh digunapakai kecuali barangan peribadi. Dia juga telah mengasingkan sebahagian tempat seperti kabinet dapur untuk saya letakkan barang. Begitu juga dengan peti sejuk. Setelah berpuas hati dengan apa yang telah diterangkan, saya menandatangani kontrak sewaan dan membayar deposit serta sewa rumah untuk bulan pertama. Walau pun jauh di sudut hati terasa mahal (kerana saya convert-kan nilai Euro ke RM), ianya adalah pilihan yang terbaik.

Sehari selepas saya tiba di Hamburg, saya telah ke rumah sewa tersebut. Susah juga mencari lokasinya bila berpandukan Google Maps kerana jalan-jalan di sini agak berselirat. Setelah tersesat, saya ke local drugstore atau Apotheke untuk bertanyakan arah; malangnya pharmacist di situ tidak tahu di mana arah kedudukan lokasi yang saya cari. Satu-satunya cara adalah dengan berjalan sahaja tanpa arah tujuan. Kemudian, saya berhenti di sebuah kedai pa-&-ma untuk bertanya kepada dua orang pekerja wanita. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu saya walau pun mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Nasib saya baik kerana sekurang-kurangnya saya faham apa yang mereka cuba sampaikan kerana saya telah belajar bahasa Jerman sebelum ini. Saya disuruh untuk mengikut arah jalan besar. Memang benar. Rupanya lebih mudah mencari rumah tersebut mengikut jalan besar.

Setibanya di rumah tersebut, saya disambut oleh Ummu dan anaknya yang berusia 4 bulan. Ummu terus menunjukkan bilik saya. Seperti yang dijangka, bilik tersebut kecil sahaja. Di dalamnyaterdapat katil queen size, almari dua pintu, meja solek dan 4-tier rack. Kipas kecil juga diberikan kepada saya. Saya turut bertanya tentang TV yang dijanjikan dan WiFi. Ummu memberitahu saya perlu menunggu suaminya kerana dia tidak fasih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia juga menunjukkan bilik mandi dan dapur yang bakal dikongsi bersama. Sebuah peti ais yang lebih besar telah pun dipesan oleh mereka dan bakal tiba dalam masa dua hari lagi. Mesin basuh terdapat dalam ruang dapur. Semasa musim panas, baju yang telah dibasuh akan disidai di luar manakala pada musim-musim yang lain, ianya akan disidai di bawah rumah.

Di mana mahu tinggal?

Di sini saya kongsikan pengalaman saya mencari rumah sewa di Jerman. Mencari rumah sewa di Jerman sebenarnya tidaklah sukar jika anda mempunyai bajet yang besar. Bagi saya, mencari rumah sewa adalah sukar kerana saya menerima tawaran belajar tanpa biasiswa dan saya masih mempunyai perbelanjaan bulanan yang perlu diteruskan di Malaysia. Oleh itu, saya cuma mampu untuk menyewa tempat tinggal yang sewa bulanannya murah dan berhampiran dengan universiti saya.

Harga sewa rumah di Hamburg sangat mahal jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia. Harga paling murah mencecah RM1,300.00 sebulan dan itu hanyalah untuk bilik kecil bersaiz 12 meter persegi. Kebanyakkan harga bilik sewa adalah sekitar RM1,800.00 sehingga RM3,000.00 sebulan berdasarkan saiz bilik dan lokasi tempat tinggal berkenaan. Jika bilik sewa sudah semahal ini, apatah lagi rumah secara keseluruhannya. Memang terasa perit kerana saya membayar apartmen 3-bilik milik sendiri sebanyak RM1,500.00 sebulan di Malaysia. Jika dibandingkan dengan apa yang saya miliki di Malaysia, sudah tentu kadar sewa bilik di Hamburg sangat mahal! Namun, saya redha kerana saya tiada pilihan.

Saya mencari bilik sewa di laman web berikut: http://www.wg-gesucht.de dan bandar yang saya pilih adalah Hamburg. WG-Zimmer bermaksud bilik sewa bersama dalam sebuah flat/apartmen. Ia juga dikenali sebagai flatshare. Antara maklumat yang anda boleh dapati di sini (dan penting dalam proses pencarian anda) adalah penghuni sedia ada dalam flat tersebut (digambarkan sebagai ikon biru untuk lelaki dan ikon merah jambu untuk perempuan), lokasi flat tersebut, saiz dan harga bilik yang bakal disewakan, tempoh sewaan, dan mungkin terdapat gambar jika dimuat naik oleh orang yang menyewakannya. Jika anda click pada maklumat pilihan anda, anda akan peroleh lebih banyak maklumat termasuk pecahan kos sewa, ciri-ciri penyewa yang dicari, kemudahan yang disediakan dalam flat tersebut, umur penyewa sedia ada, maklumat lanjut dalam bentuk diskriptif, dan cara untuk menghubungi orang tersebut.

wg-gesucht

Kekangan utama dalam pencarian adalah ciri-ciri bakal penyewa. Kebanyakkan mereka yang mengiklankan bilik akan meletakkan had umur penyewa, pekerjaan bakal penyewa (pelajar atau orang bekerja) dan jantina bakal penyewa. Untuk saya yang hampir menjangkau usia 40-an, ianya sangat sukar! Untuk pelajar, had umur yang diletakkan adalah tidak melebihi 32 tahun. Ada juga dihadkan kepada mereka yang berumur 20-an. Adakalanya tiada had umur tetapi mungkin gerak hati mengatakan tiada keserasian dengan penyewa sedia ada. Satu lagi kekangan adalah maklum balas daripada penyewa sedia ada adakalanya agak lambat. Ada juga yang tidak memberi respons langsung. Jadi, anda harus terus mencari dengan sabar.

Setakat ini sahaja. Saya akan coretkan lagi maklumat lebih lanjut dalam entry lain. Selamat mencari tempat tinggal anda!

 

Perbualan #1

Situasi perbualan: Kali pertama berjumpa dengan seseorang dalam situasi tidak formal.

Rose sagt, ” Hallo! Guten Morgen! Ich bin Rose. Wer bist du?”

Sandra antwortet, “Hallo! Ich heiße Sandra. Freut mich.”

Rose sagt, “Ach, so! Du heißt Sandra. Freut mich.”

Sandra sagt, “Ich komme aus Deutschland. Und du, woher kommst du?”

Rose antwortet, “Ich komme aus Malaysia.”

Sandra sagt, “Sprechen Sie Deutsch?”

Rose antwortet, “Ich spreche ein bisschen Deutsch.”

Perbualan di atas diterjemahkan sebagai:

Rose berkata, “Hello! Selamat pagi! Saya adalah Rose. Siapa awak?”

Sandra menjawab, “Hallo! Saya adalah Sandra. Gembira bertemu awak.”

Rose menjawab, “Oh, ya! Awak adalah Sandra. Gembira bertemu awak.

Sandra berkata, “Saya datang daripada Jerman. Dan awak, daripada mana awak datang?”

Rose menjawab, “Saya datang daripada Malaysia.”

Sandra berkata, “Awak boleh bercakap dalam bahasa Jerman?”

Rose menjawab, “Saya boleh bercakap dalam bahasa Jerman sedikit sahaja.”

Membina Soalan

Membina ayat dalam bahasa Jerman sebenarnya bukan satu perkara yang sukar dengan syarat anda tahu the rules of thumb. Dua cara untuk membina ayat yang telah saya belajar adalah membina ayat W-Frage (soalan bermula dengan W) dan Ja/Nein-Frage (soalan berbentuk ya atau tidak).

W-Frage

Soalan-soalan W-Frage bermula dengan W. Seperti bahasa Inggeris, soalan boleh dibina dengan menggunakan Why, When, What, Who, Where and How. Dalam bahasa Jerman, semuanya bermula dengan W dan disebabkan itu ianya dikenali sebagai WFrage.

w-frage

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum membina ayat, anda perlu tahu untuk konjugasikan kata kerja; misalnya kommen (to come) bila dikonjugasi akan menjadi komme untuk ich (saya), kommen untuk wir/sie/Sie (kami/mereka/kamu untuk situasi formal), kommst untuk du (kamu untuk situasi tidak formal), dan kommt untuk er/sie/es/ihr (dia: lelaki/dia: perempuan/ dia: bukan orang/ anda semua). Apakah perbezaan situasi formal dan situasi tidak formal? Situasi formal adalah situasi di mana anda bertemu dengan orang yang anda tidak kenali, atau apabila anda berinteraksi dengan majikan anda, dan sebagainya. Situasi tidak formal adalah situasi di mana anda berinteraksi dengan keluarga anda atau teman rapat anda.

Berdasarkan maklumat di atas, soalan yang boleh dibina menggunakan kata kerja kommen adalah:

Woher kommst du? Woher kommen Sie? Woher kommt er? Woher kommt ihr?

Maksud soalan-soalan di atas adalah Where are you from? Jika diterjemahkan secara langsung, soalan di atas bermaksud Where from come you? Tips membina ayat menggunakan bentuk W-Frage adalah menggunakan 3 langkah-langkah berikut: (1) fikirkan kata kerja, iaitu verb, (2) fikirkan subjek, dan (3) sesuaikan dengan soalan W. Oleh itu, soalan How old are you? akan ditulis sebagai Wie alt bist du? Jika dirungkaikan mengikut rule of thumb di atas, ianya adalah seperti berikut: Wie alt + bist + du? Mudah, kan?

Ja/Nein-Frage

Untuk membina ayat yang jawapannya dimulakan dengan “Ya” atau “Tidak”, saya perhatikan formula berikut boleh digunakan:

Verb + subject + object

Misalnya, soalan yang hendak diajukan adalah Does he need help? Dalam bahasa Jerman, hanya 3 perkataan sahaja diambil kira, iaitu he, need, dan help. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman, help adalah Hilfe (objek), he adalah er (subjek), dan need adalah brauchen (kata kerja).  Dengan itu, soalan yang dibina berdasarkan formula di atas adalah Braucht er Hilfe? Jawapan bagi soalan ini adalah: (1) Ja, er braucht Hilfe [Yes, he needs help] atau (2) Nein, er braucht nicht Hilfe [No, he does not need help]. Bagaimana pula dengan kata kerja berikut? Boleh anda bina soalan-soalan menggunakan kata kerja ini yang merujuk kepada kamu (tidak formal)?

sprechen (to speak), trinken (to drink), essen (to eat), spielen (to play)

Ingat! Kata kerja perlu dikonjugasi mengikut subjek. Jangan terus menggunapakai kata kerja di atas secara langsung!

Selamat mencuba!

Entschuldigung!

Dalam kelas, kami dikehendaki bertutur dalam bahasa Jerman jika ingin bertanya atau mengulangi sesuatu perkara. Guru kelas telah mengajar kami beberapa ayat yang biasa digunakan dalam perbualan dalam kelas. Saya rasa ayat-ayat ini juga sesuai digunakan untuk perbualan seharian.

  • Entschuldigung, ich verstehe nicht. Köhnen Sie das bitte wiederholen?

    Maaf, saya tidak faham. Boleh anda mengulanginya semula?

  • Entschuldigung, ich möchte zur Toilette gehen?

   Maaf, saya ingin ke tandas.

  • Entschuldigung, ich komme zu spät.

   Maaf, saya datang terlalu lambat.

  • Wie heisst das auf Deutsch / Englisch?

   Apakah maksudnya dalam bahasa Jerman / Inggeris?

  • Ich verstehe nicht, was bedeutet das?

   Saya tidak faham, apakah ertinya?

  • Ist alles klar?

   Adakah segalanya jelas?

  • Ja, alles ist klar.

   Ya, semuanya jelas.

  • Nein, Ich verstehe nicht.

   Tidak, saya tidak faham.

  • Buchstabieren Sie bitte das wort?

   Bolehkah anda ejakannya?

  • Haben Sie Frage?

   Anda anda soalan?

  • Ja! Ich haben eine Frage.

   Ya! Saya ada satu soalan.

  • Nein! Ich haben keine Frage.

   Tidak! Saya tidak ada soalan.

  • Tut mir leid.

   Saya minta maaf.

 Entschuldigung dan tut mir leid membawa maksud yang sama, iaitu, maaf. Namun, Enstchuldigung sesuai digunakan apabila anda ingin meminta sesuatu. Contohnya, ingin meminta laluan ketika dalam kesesakan LRT, ingin meminta seseorang untuk mengulangi sesuatu ayat, dan ingin memanggil seseorang yang berada agak jauh daripada anda.  Untuk tut mir leid pula, ianya boleh digunakan apabila anda tidak dapat memenuhi permintaan seseorang seperti “Maaf, Encik Ismail tiada di pejabatnya”.

Sebutan Entschuldigung adalah en-shuul-di-gung dan sebutan untuk tut mir leid adalah tut-miirr-lai-d. Bagaimana pula dengan sebutan perkataan-perkataan lain? Jangan khuatir! Anda boleh layari kamus online ini untuk mendengar sebutan yang lebih tepat (maklumlah, saya budak baru belajar!): http://www.dict.cc

Selamat bertutur!

Apa, Siapa, Di mana?

Apabila bertemu dengan seseorang buat pertama kali, anda atau orang tersebut mungkin bertanya tentang diri masing-masing sebagai tanda perkenalan. Siapa nama awak? Apakah pekerjaan awak sekarang? Di manakah awak tinggal? Mungkin juga anda dan rakan anda ingin mengenali seseorang dan berbual tentang orang tersebut. Ayat-ayat di bawah ini mungkin akan anda dengar:

Frage: Wie heißen Sie? / What is your name?

Antwort: Ich bin … ; Ich heiße … ; Mein Name ist …. / I am … ; I am … ; My name is ….

Frage: Wie heißt er? / Who is he?

Antwort: Er heißt … ; sien Name ist … / He is … ; His name is …

Frage: Wie heißt sie? / Who is she?

Antwort: Sie heißt … ; Ihr Name ist … / She is … ; Her name is …

Frage bermaksud soalan, manakala Antwort bermaksud jawapan. Di dalam kelas, kami dikehendaki menulis karangan pendek berdasarkan perbualan seperti di atas. Contoh karangan yang telah saya hasilkan adalah seperti berikut:

Er ist Armin. Er ist Student. Er ist 18 Jahre alt. Er wohnt in Kuala Lumpur. Er kommt aus Malaysia. Seine Telefonnummer ist 0123456789. Sein Emailadressa ist armin@someemail.com. Seine Hobbys sind Fußball spielen und Reisen.

He is Armin. He is a student. He is 18 years old. He lives in Kuala Lumpur. He comes from Malaysia. His telephone number is 0123456789. His email address is armin@someemail.com. His hobbies are playing football and traveling.

Sie ist Isma. Sie ist Ingenieurin. Sie ist 35 Jahre alt. Sie wohnt in Bangi. Sie kommt aus Malaysia. Ihre Telefonnummer ist 0198765432. Ihre Emailadressa ist isma@someemail.com. Ihre Hobbys sind Musik hören und Shoppen.

She is Isma. She is an engineer. She is 35 years old. She lives in Bangi. She comes from Malaysia. Her telephone number is 0198765432. Her email address is isma@someemail.com. Her hobbies are listening to music and shopping.

Memperkenalkan Diri

Agak-agaknya macam mana nak perkenalkan diri kepada seseorang yang baru ditemui dalam bahasa Jerman? Pengalaman saya: null! Semasa pertama kali menjejakkan kaki di Deutschland pada tahun 2011, saya dan meine Schwester hanya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana kami langsung tidak tahu bahasa Jerman. Masyarakat di sana, seperti di Jepun, lebih gemar bertutur dalam bahasa mereka meski pun mereka sangat mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, berikut adalah beberapa ayat yang anda boleh belajar, fahami dan mungkin perlu hafal ketika anda ingin memperkenalkan diri anda:

Name: Ich bin … / Name: I am…

Herkunft: Ich komme aus … / Origin: I come from …

Wohnort: Ich wohne in … / Residence: I am staying in ….

Alter: Ich bin … Jahre alt / Age: I am … years old.

Hobbys: Meine Hobbys sind … / Hobbies: My hobbies are …

Soalan yang mungkin muncul di kotak fikiran anda adalah, bagaimana sebutan perkataan-perkataan di atas?

  1. Name — disebut seperti nama dalam slang KL, iaitu, name.
  2. Ich bin ikh (tanpa bunyi Q atau qa) bin ATAU disebut sebagai ish bin
  3. Herkunft hair (disebut seperti maksud rambut dalam bahasa Inggeris dengan penekanan kepada r) — kun (seperti warna kuning) — f — t (t dibunyikan jelas) ~ hair-kun-ft-t
  4. komme koma
  5. Wohnortvonn–ort
  6. wohne — voh-ne
  7. Jahre alt — Yaa-ghe-alt
  8. meine — mai-ne (ne disebut seperti slang KL untuk mana, iaitu mane)
  9. sindzind (seperti sebutan Hindi untuk zindage)

Saya rasa ayat-ayat di atas mungkin dapat membantu. Dalam entry saya yang lain, saya akan tambah lagi ayat-ayat yang boleh digunakan dalam perbualan. Selamat bertutur!

 

Konjugasi

Apa itu konjugasi atau conjugation? Ianya membawa maksud menyesuaikan kata kerja daripada bentuk asasnya. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, I am, You are, dan She/He is. Dalam bahasa Jerman, peraturannya adalah seperti berikut:

conjugation

Berdasarkan rule of thumb di atas, konjugasi boleh dibuat terhadap kata kerja berikut: kommen (i.e., to come), wohnen (i.e. to live), heißen (i.e., to be called), arbeiten (i.e., to work), sprechen (i.e., to speak), haben (i.e., to have) dan sein (i.e., to be). Dapat teka bagaimana konjugasi untuk perkataan-perkataan ini? Ianya adalah seperti berikut:

conjugation 2

Sila ambil perhatian untuk perkataan-perkataan yang diwarnakan hijau. Perkataan ini menunjukkan berlakunya perubahaan ejaan pada kata kerja tersebut. Misalnya sprechen telah ditukar ejaannya kepada spricht apabila digunakan dengan du, er, sie, dan es. Untuk ejaan heißt bagi du, ianya tidak dieja sebagai heißst kerana ß membawa maksud “ss”. Maka, adalah tidak betul jika dieja sebagai heißst = heissst.

Bagaimana pula dengan trinken (i.e., to drink) dan studieren (i.e., to study)? Boleh anda agak? Selamat mencuba!

Tatabahasa 101: #1

Huruf besar atau huruf kecil? 

Saya hairan kenapa perkataan Jerman ditulis dengan huruf besar dan huruf kecil. Contohnya:

Ich bin ein Student.                 Saya seorang pelajar.

Rupa-rupanya perkataan yang ditulis dengan huruf besar mewakili noun (kata nama) manakala perkataan yang ditulis dengan huruf kecil adalah verb (kata kerja).

Kata ganti nama?

Ejaan untuk sesuatu kata kerja bergantung kepada kata ganti nama. Berikut adalah rule of thumb yang berkaitan:

Ich         (saya)                                +   e

du           (awak — tidak formal)     +   st

er            (dia — lelaki)                   +   t

sie           (dia — perempuan)          +   t

Sie          (anda — formal)               +   en

Aplikasi peraturan di atas adalah seperti berikut: kommen bermaksud datang. Jika ianya merujuk kepada saya, maka perkataan ini dieja sebagai komme. Jika ianya merujuk kepada awak, maka perkataan ini dieja sebagai kommst (dalam situasi tidak formal) atau kommen (dalam situasi formal). Begitu juga, perkataan ini dieja sebagai kommt jika ianya merujuk kepada orang ketiga, sama ada perempuan atau lelaki.

Bagaimana pula dengan sprechen? Maksud perkataan ini adalah bertutur. Boleh anda teka ejaannya? Ja! Betul! Mengikut aturan susunan kata ganti nama di atas, ianya dieja sebagai:

spreche, sprichst, spricht (untuk lelaki dan perempuan), sprechen